Edit Content

We must explain to you how all seds this mistakens idea off denouncing pleasures and praising pain was born.

I will give you a completed accounts we must explain to you how all seds this mistakes idea off denouncing pleasures and praising pain was born and I will give you a completed accounts.

start date 12/07/2024
map icon MAEPS Serdang

Festival FGV Hari Peneroka FELDA

Festival FGV Hari Peneroka FELDA

Tahun ini sempena meraikan Hari Peneroka FELDA, FGV Holdings Berhad (FGV) yang merupakan pengeluar produk makanan utama di Malaysia buat pertama kalinya akan mengadakan Festival FGV bersempena Hari Peneroka FELDA 2024 di MAEPS, Serdang.

Festival FGV yang bertemakan “Melahirkan Masa Depan Lestari” ini akan berlangsung pada 12 Julai hingga 14 Julai, pada jam 10 pagi hingga 10 malam.

Kedai FGV Kini Dibuka Untuk Orang Ramai

Ehem, bila dah jadi seorang ibu ni, selain daripada gemar memasak, basuh baju, kemas rumah, kita juga suka berbelanja keperluan seisi keluarga. Lagi best, kalau ada promosi. Uish, macam ni 2 hari, 2 malam pun tak habis lagi.

Tapi janji, kita tak membazir. Kita hanya cari barang keperluan rumah dan bahan masakan sahaja.

Ha, alang-alang tu boleh la pergi ke Festival FGV dan dapatkan pelbagai produk dengan harga promosi. Terdapat pelbagai jenama produk FGV akan mengambil bahagian seperti Saji, Adela, SERI, PELANGI, Ladang’57, GULA PRAI dan BRIGHT COW yang akan di jual di booth Kedai FGV.

Bukan itu sahaja, anda juga dapat membeli produk makanan segar keluaran Ladang’57 di Kedai FGV seperti nanas MD2, pisang cavendish, jagung manis, dan jus buah-buahan.

Perajurit Dapur Bersama FGV Meriahkan Lagi Suasana

Kalau dah namanya festival takkan la tak ada aktiviti kan. Festival FGV pun akan dipenuhi dengan aktiviti-aktiviti yang menarik tau. Antaranya adalah, demo masakan, serta sampel-sampel barangan FGV yang akan diagihkan nanti.

Ini lah masanya untuk anda buktikan kuasa seorang ibu yang sudah menjadi seorang tentera di rumah, eh di dapur.

Jualan Barangan Pertanian, Istimewa Bagi Pekebun Kecil

Selain dari bahan masakan dan bahan segar yang dijual di Festival FGV nanti, FGV juga ada menyediakan jualan istimewa.

Anda boleh dapatkan bahan keperluan bercucuk tanam seperti anak-anak pokok, baja, racun tanaman dan banyak lagi.

Kalau anda berminat nak mulakan hobi baru, boleh la cuba untuk bercucuk tanam pula.

Pakej Umrah Rahmah Hanya Di Festival FGV

Di Festival FGV ini, anda bukan sahaja boleh dapatkan promosi menarik, FGV juga menyediakan pakej umrah rahmah tau.

Dengan harga serendah RM6,490 seorang, anda berpeluang menjalani ibadah umrah selama 10 hari, 8 malam bermula Ogos hingga Disember 2024. Paling penting, walaupun pakej rahmah anda akan mendapatkan hotel yang berdekatan.

Bukan sekadar harga je rahmah tau, anda juga hanya perlu membayar RM100 sebagai deposit di Festival FGV dan membuat bayaran penuh 45 hari sebelum tarikh berlepas.

Pelbagai Hadiah Menarik Menanti Anda, Hanya Di Festival FGV

Sempena festival ini, FGV akan melancarkan inisiatif terbaru iaitu “Rangka Kerja Kelestarian FGV”.

FGV kekal komited bagi menghormati hak asasi manusia, melindungi alam sekitar dan menggalakkan pertumbuhan ekonomi seiring dengan usaha mereka untuk menjadikan FGV sebagai syarikat utama yang menerajui produk makanan dan pertanian lestari untuk generasi akan datang.

Pelbagai inisiatif yang diambil dan dilakukan oleh FGV demi mengekalkan matlamat mereka dan memastikan setiap produk yang dihasilkan mencapai piawaian yang ditetapkan.

Anda dah tak perlu risau lagi untuk menggunakan produk yang dikeluarkan oleh FGV. Setiap produk dihasilkan dengan teliti bagi menjaga kualiti mereka tau.

Kalau anda nak tahu, hanya dengan berbelanja serendah RM50 di Festival FGV di Hari Peneroka FELDA 2024 nanti, anda boleh menyertai peraduan yang dianjurkan dan berpeluang memenangi pelbagai hadiah menarik.

Bukan itu sahaja, anda juga berpeluang menyertai cabutan bertuah apabila berbelanja RM100 di Festival FGV dan berpeluang memenangi pelbagai hadiah utama yang disediakan.

Antara hadiah utama yang disediakan di Kedai FGV adalah sebuah kereta dan motosikal elektrik dan baucar tunai dan barangan kelengkapan dapur. Hmm, beruntungnya siapa yang dapat bawa balik kereta tu kan.

Kalau anda nak sertai peraduan yang diadakan, jangan lupa sertai Festival FGV @ Hari Peneroka FELDA 2024, bermula 12 Julai hingga 14 Julai di MAEPS, Serdang.

Kalau anda nak tahu lebih lanjut, sila layari laman web rasmi FGV dan ikuti media sosial FGV di Facebook dan Instagram.

Pandu Arah:

Event TAGs

K12

Share on Social

  • Date : 12/07/2024 - 14/07/2024
  • Time : 10:00 am - 10:00 pm (Asia/Kuala_Lumpur)
  • Venue : MAEPS Serdang

Short Details

  • start date Start Date: 12/07/2024
  • Event Venue Event Venue: MAEPS Serdang
  • Organizer Organizer: FELDA
  • Category Category: Karnival
  • Email Email: sekretariat.f@felda.net.my
  • Designation Designation: Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan

Jom terokai kisah dan aspirasi Felda dengan Segalanya Felda! Bukan sekadar Karnival, Segalanya Felda adalah sebuah perjalanan menelusuri sebuah pencapaian, keraian bersama komuniti dan penerokaan keunikan Felda. Mari bersama-sama meraikan semangat FELDA!