Edit Content

We must explain to you how all seds this mistakens idea off denouncing pleasures and praising pain was born.

I will give you a completed accounts we must explain to you how all seds this mistakes idea off denouncing pleasures and praising pain was born and I will give you a completed accounts.

‘Feel Da Star’ pencarian bakat hadiah tunai RM10,000

Program pencarian bakat FEEL DA STARZ merupakan program realiti nyanyian yang mempertandingkan bakat-bakat nyanyian untuk komuniti Felda.

FEEL DA STARZ Pencarian Cungkil Bakat Komuniti Felda, Kemuncak Peringkat Akhir pada Hari Peneroka Felda 2024 (HPF24) 12 – 14 Julai di MAEPS, Serdang.

YBhg Dato Mohd Banuri Aris, Timbalan Pengarah Besar Pembangunan komuniti berkata, program ini adalah salah satu cara untuk menyatukan lagi semangat generasi muda FELDA.

“Feel Da Star adalah satu platform yang memberi ruang kepada belia dan beliawanis FELDA, generasi muda Felda untuk mereka mengasah dan mengentengahkan bakat mereka dalam bidang kesenian,” katanya.

Fadzliniza Zakaria, Penerbit Eksekutif Program FDS berpengalaman dalam penerbitan program – program realiti di TV3 dan Astro.

Beliau berkata, bersempena dengan majlis pelancaran ini, menandakan evolusi Felda, sebagai jenama gaya hidup untuk orang ramai.

“Program Feel Da Star bukan sahaja untuk pencarian bakat anak Felda, namun sebagai fungsi mempromosikan dan memperluasakan FELDA kepada orang ramai,” katanya

“Program ini juga bertujuan untuk memberi peluang kepada komuniti Felda yang berbakat mengembangkan bakat mereka ke peringkat yang lebih tinggi.

“Mereka akan berpeluang merakamkan lagu mereka sendiri dan akan menjalani sesi pembelajaran vokal dan persembahan di ISEF, Bangi (Institut Semarak Felda) dengan tenaga pengajar profesional,” tambahnya.

Setiap peserta yang menyertai pertandingan ini akan melalui proses penyingkiran di beberapa siri jelajah Felda sebelum mereka mara ke peringkat akhir yang akan di adakan pada Hari Peneroka Felda 2024 (HPF24) 12 – 14 Julai di MAEPS, Serdang. 

Tujuan utama program ini adalah untuk menyediakan platform dan mengilap bakat yang sedia ada disamping dapat meningkatkan taraf sosio-ekonomi keluarga mereka di Felda. Program ini akan berlangsung selama 5 bulan bermula dari bulan Mac ini.

Ujibakat secara online akan mula dibuka di https://segalanyafelda.com/feel-da-starz/ bermula 1 Mac dan akan ditutup pada 30 Mac.

Seramai 40 peserta akan di pilih dari penyertaan secara online, namun hanya 6 orang sahaja akan berentap untuk merangkul hadiah sebagai juara.

Hadiah Utama Pemenang FDS bakal menerima hadiah wang tunai RM10,000, tempat kedua RM7,000.00 dan tempat ketiga RM5,000.00. Juara juga berpeluang untuk merakamkan sebuah album single beserta trofi.

Pada majlis sama, FELDA melancarkan laman web www.segalanyafelda.com. Tujuan laman web diwujudkan untuk menyampaikan maklumat berkaitan aktiviti yang bakal berlangsung menjelang Hari Peneroka FELDA 2024 pada bulan Julai nanti.

Maklumat berkaitan pertandingan ini dan aktiviti lain turut dimuat turun untuk memudahkan akses orang ramai untuk mendapatkan maklumat.

Sambutan Hari Peneroka FELDA 2024 (HPF24) akan diadakan pada 12 -14 Julai 2024 di Maeps, Serdang dengan anggaran lebih 500,000 pengunjung akan hadir.

Pelbagai aktiviti akan diadakan sepanjang karnival berkenaan berlangsung termasuklah karnival bola sepak, sukan warisan, pameran dan jualan daripada 317 usahawan rancangan serta jualan rahmah agensi yang berkaitan dengan Felda – UTV

Jom terokai kisah dan aspirasi Felda dengan Segalanya Felda! Bukan sekadar Karnival, Segalanya Felda adalah sebuah perjalanan menelusuri sebuah pencapaian, keraian bersama komuniti dan penerokaan keunikan Felda. Mari bersama-sama meraikan semangat FELDA!