Edit Content

We must explain to you how all seds this mistakens idea off denouncing pleasures and praising pain was born.

I will give you a completed accounts we must explain to you how all seds this mistakes idea off denouncing pleasures and praising pain was born and I will give you a completed accounts.

Hari Peneroka Felda 2024 agenda besar untuk peneroka

Sumbangan terbesar FELDA, sebuah badan berkanun yang ditubuhkan mengikut Akta Pembangunan Tanah 1956 (Akta 474), kepada negara ialah FELDA telah berjaya mengeluarkan kira-kira 1 juta orang daripada belenggu kemiskinan.

Malah Bank Dunia pernah mengiktiraf FELDA sebagai salah satu program pembangunan tanah yang paling berjaya di dunia yang mana ia telah berjaya melipatgandakan pendapatan peneroka antara 1980 hingga 2016.

Tetapi FELDA kini berdepan dengan pelbagai isu dan juga kritikan bukan sahaja daripada golongan peneroka tetapi juga pelbagai pihak lain. Pada masa yang sama, harga minyak sawit bergantung kepada harga global yang tidak menentu.

ADVERTISEMENT

Namun begitu, di bawah kepimpinan Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek, FELDA bakal membentangkan pelan rancangan ekonomi kitaran jangka panjang bagi memperkasakan lagi sosioekonomi para peneroka.

Pelan rancangan ini merupakan strategi jangka panjang dalam memastikan peneroka mendapat manfaat daripada hasil kelapa sawit secara optimum tanpa sebarang pembaziran sumber. Ia merupakan sebuah konsep yang melibatkan proses guna, pulang dan cipta semula yang mana ia berbeza dengan ekonomi linear iaitu beli, guna dan buang.

Selain dapat meningkatkan keupayaan para peneroka, pelan rancangan yang merangkumi inisiatif strategik itu turut memberi perhatian terhadap usaha mengoptimumkan penggunaan komoditi kelapa sawit di samping menerajui bidang alam sekitar, sosial dan tadbir urus (ESG) di negara ini.

Pelaksanaan penjanaan ekonomi baru akan dapat meningkatkan keupayaan para peneroka, pelan rancangan serta mengoptimunkan penggunaan komoditi kelapa sawit di samping menerajui bidang alam sekitar. Penerapan perspektif berbeza mengenai ekonomi kitaran, proses kitar semula dan karbon kredit ini adalah kritikal supaya warga FELDA dapat menjana pendapatan baharu.

ADVERTISEMENT

https://imasdk.googleapis.com/js/core/bridge3.642.0_en.html#goog_220552210Playvolume

00:00/01:03TruvidfullScreen

https://csync-global.smartadserver.com/3356/CookieSync.html

Lebih mutakhir, visi baru Ahmad Shabery untuk para peneroka diteruskan dengan penganjuran Hari Peneroka FELDA 2024. Acara pada tahun ini agak berbeza dengan format pada tahun-tahun sebelumnya di mana Hari Peneroka FELDA 2024 akan berlangsung selama tiga hari tiga malam bermula daripada 12 hingga 14 Julai 2024.

Dengan sokongan pelbagai kementerian dan penajaan daripada syarikat-syarikat korporat yang ingin turut serta dalam kemeriahan pada tahun ini, penganjuran Hari Peneroka FELDA 2024 menjanjikan sebuah pengalaman baru kepada semua yang bakal hadir.

ADVERTISEMENT

Dijangka menarik lebih daripada 500,000 pengunjung bukan sahaja daripada warga FELDA tetapi juga seluruh rakyat Malaysia, acara tahun ini merupakan wadah untuk mempamerkan inovasi, kelestarian, dan warisan budaya, mencerminkan perjalanan dinamik FELDA untuk melangkah dengan lebih yakin ke masa depan.

Penganjuran Hari Peneroka FELDA 2024 bertujuan menjadi satu platform besar yang memperlihatkan komitmen FELDA terhadap peneroka dari pelbagai sudut sama ada dari sudut kelestarian alam sekitar, ketahanan ekonomi dan pembangunan komuniti secara menyeluruh.

ADVERTISEMENT

Acara gilang-gemilang ini akan menampilkan pendekatan holistik dan inklusif dengan penganjuran pelbagai program yang mencermikan keterlibatan semua pihak yang berkepentingan secara komprehensif.

Dari sudut kelestarian alam sekitar, sukan, kerohanian, pendidikan sehingga inovasi ekonomi, kesemua agenda di Hari Peneroka FELDA 2024 dirancang dengan penuh teliti untuk menyorot pelbagai dimensi komitmen FELDA terhadap warganya.

Bagi golongan muda dan para pelajar, Hari Peneroka FELDA 2024 menawarkan rangkaian aktiviti menarik yang akan dilaksanakan untuk membantu persediaan mereka menghadapi cabaran masa depan.

Acara seperti Job Fair diadakan untuk mereka mendapatkan informasi tentang peluang pekerjaan dan bertemu dengan wakil-wakil daripada industri. Terdapat juga pelbagai sesi Masterclass bersama pakar-pakar dari pelbagai bidang termasuk sesi bersama influencers untuk anak muda Feldarian menimba ilmu yang baru sesuai dengan peredaran zaman pada masa kini.

Di samping itu, cabaran robotik juga akan diadakan untuk membangkitkan kreativiti dan inovasi di kalangan bakat-bakat muda, melengkapi mereka dengan kemahiran yang diperlukan dalam dunia yang dipacu teknologi yang begitu pesat membangun.

Peminat alam semula jadi dapat mengikuti pelbagai program-program menarik seperti “Elephat Adoption Program” dan pelbagai aktiviti lain seperti Cabaran Bioblitz Felda 2024 yang bermula pada 1 Mei 2024. Bioblitz merujuk kepada aktiviti yang dijalankan untuk mengenal pasti dan merekodkan sebanyak mungkin spesies hidupan dalam satu kawasan dalam masa yang ditetapkan.

Cabaran Bioblitz FELDA ini diadakan bertujuan mengajak warga FELDA mengenali kepelbagaian biologi yang ada di FELDA dan menekankan kepentingan pemuliharaan alam sekitar yang sekaligus mendukung Dasar Kepelbagaian Biologi Kebangsaan 2022 – 2030.

Kepada penggemar gastronomi, acara ini menyediakan sebuah pesta makanan di mana terdapat 317 gerai yang mewakili kepelbagaian makanan daripada tanah rancangan FELDA dari seluruh negara. Gerai-gerai yang disediakan penuh meriah ini menawarkan rasa citarasa tempatan dan tradisi warga FELDA.

Selain itu, dalam usaha untuk mencari bakat baru di dalam komuniti FELDA, pertandingan ‘Feel Da Star’ diatur bermula daripada bulan April hingga ke kemuncaknya pada bulan Julai nanti. Program ini bertujuan mencari sensasi terbaru di kalangan penduduk Felda yang tidak kurang dengan bakatnya. Program ‘Feel Da Star’ ini diharapkan dapat menambahkan sentuhan kegembiran dan hiburan kepada Hari Peneroka FELDA 2024 nanti.

Hari Peneroka FELDA 2024 juga akan menjadi saksi kepada acara himpunan dua roda SKX Felda yang bakal melakar rekod negara dengan pembabitan lebih daripada 50,000 peminat motorsikal dari seluruh negara, memperlihatkan semangat dan perpaduan komuniti FELDA itu sendiri.

Dari segi kerohanian, terdapat sebuah acara yang luar biasa, iaitu Khatam Al-Quran selama 5 minit yang melibatkan 6,236 pelajar, di mana acara ini juga akan menjadi salah satu lagi acara bersejarah yang pertama kali diadakan oleh FELDA. Inisiatif ini dapat mempamerkan nilai kerohanian yang mendalam yang terus berkembang dalam komuniti. Selain daripada itu, terdapat banyak lagi acara yang sedang disusun dan dirancang yang akan diumumkan tidak lama lagi.

Hari Peneroka FELDA tahun ini juga menandakan satu momen penting dalam usaha penjenamaan semula FELDA. Dengan tema SEGALANYA FELDA, acara ini akan memperkenalkan semula FELDA kepada orang ramai, menonjolkan transformasinya menjadi jenama besar dalam pertanian lestari dan pembangunan komuniti.

“Hari Peneroka FELDA 2024 adalah usaha memperlihatkan langkah-langkah yang kita ambil dalam meningkatkan kehidupan komuniti kita dan usaha berterusan kita untuk memastikan masa depan yang lestari untuk semua,” kata jurucakap Felda.

Segala aktiviti dirancang dengan penuh teliti bagi menggalakkan penyertaan dari semua peringkat umur, menuai rasa dekat dengan komuniti dan pencapaian bersama. Dari penginovasi muda hingga petani berpengalaman, setiap peserta yang menghadiri Hari Peneroka FELDA 2024 akan menemui sesuatu yang bermakna untuk mereka, memastikan semangat kebersamaan dapat dirasai sepanjang acara.

FELDA kini berdiri di ambang era baru dan penganjuran Hari Peneroka FELDA 2024 merupakan representasi usaha FELDA yang berterusan dalam memartabatkan para peneroka dari pelbagai generasi.

Hari Peneroka FELDA 2024 bukanlah sekadar festival; ia adalah satu deklarasi kemajuan, ketahanan, dan harapan. Ia adalah jemputan kepada semua untuk menyaksikan dan menjadi sebahagian dari perjalanan FELDA ke arah masa depan yang lestari dan sejahtera.

Untuk maklumat lanjut, layari: www.segalanyafelda.com

Sumber: Malaysia Gazette

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Jom terokai kisah dan aspirasi Felda dengan Segalanya Felda! Bukan sekadar Karnival, Segalanya Felda adalah sebuah perjalanan menelusuri sebuah pencapaian, keraian bersama komuniti dan penerokaan keunikan Felda. Mari bersama-sama meraikan semangat FELDA!