Edit Content

We must explain to you how all seds this mistakens idea off denouncing pleasures and praising pain was born.

I will give you a completed accounts we must explain to you how all seds this mistakes idea off denouncing pleasures and praising pain was born and I will give you a completed accounts.

Meraikan 10 tahun Menara Felda, Karnival Segalanya Felda

KUALA LUMPUR – Sempena meraikan 10 tahun teguhnya Menara Felda, Lembaga Kemajuan tanah Persekutuan (Felda) mengadakan Majlis Pelancaran Karnival Segalanya Felda.

Objektif karnival itu diadakan bagi menghimpunkan, menyantuni dan menyampaikan maklumat kepada warga Felda dan orang ramai selain mengukuhkan kerjasama antara agensi dan syarikat korporat. 

Idea penganjuran itu dicetuskan oleh Pengerusi Felda Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek, dimana beliau berhasrat semua aktiviti keusahawanan, kebudayaan, makanan dan semua produk keluaran Felda diketahui oleh masyarakat.

“Karnival ini adalah aktiviti awal bagi Sambutan Hari Peneroka Felda 2024 (HPF24) yang akan berlangsung pada 12 hingga 14 Julai di MAEPS, Serdang.

“Melalui pelancaran ini, Felda kini berkembang maju serta berdaya saing dari segi gaya hidup dan kepelbagaian sumber pendapatan sampingan,” katanya pada majlis pelancaran karnival berkenaan, semalam.

Bersempena 10 tahun Menara Felda, ruang di Kawasan Platinum Park digunakan dan dijadikan tempat menarik untuk dilawati dengan aktiviti seperti jualan produk dan makanan, foodtruck, aktiviti persembahan dan pelbagai lagi.

Pada majlis sama turut diadakan pelancaran galeri Felda di lobi utama serta pelancaran bilik Sekretariat Hari Peneroka Felda 2024 di B1, Menara Felda. 

Dalam pada itu, Ahmad Shabery berkata, penganjuran Karnival Segalanya Felda ini sejajar dengan matlamat jangka panjang Felda ke arah pembentukan komuniti lestari di mana usahawan dan peneroka mampu menghasilkan pendapatan lain selain dari hasil ladang.

“Matlamatnya adalah untuk memberi pendedahan kepada lebih ramai orang berkaitan hasil keluaran produk berkualiti.

“Seterusnya menggalakkan pelabur berpotensi bekerjasama serta mendapat banyak peluang yang ditawarkan oleh Felda dan anak syarikatnya. 

“Persediaan awal Karnival Segalanya Felda ini memberi gambaran awal kepada Sambutan Hari Peneroka Felda 2024 yang dijangka menarik 500,000 pengunjung dari seluruh negara dengan lebih 37 acara akan diadakan pada karnival itu daripada pesta makanan, kepada pertandingan bakat yang akan memberikan cerita kembali kepada peneroka Felda dan ahli keluarga mereka,” katanya.

Beliau berkata, Hala tuju baharu Felda ini akan terus berinovasi bagi mencipta lebih banyak peluang dengan memastikan kehidupan dan kesejahteraan warga peneroka serta kesinambungan generasi baru Felda kekal terjamin.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Jom terokai kisah dan aspirasi Felda dengan Segalanya Felda! Bukan sekadar Karnival, Segalanya Felda adalah sebuah perjalanan menelusuri sebuah pencapaian, keraian bersama komuniti dan penerokaan keunikan Felda. Mari bersama-sama meraikan semangat FELDA!